Pada 27 Jun 2009, kami sekeluarga pulang ke kampung di P.Pinang . Tujuannya adalah untuk menghantar adikku masuk dan daftar ke UITM Merbok pada keesokan harinya. Waktu esoknya, kami bertolak ke UITM Merbok seawal 8 pagi.
Sesampai di sana aku melihat beberapa perkara menarik berlaku;
1- Pegawai dan Pengawal pondok di UITM itu sedia terus untuk membantu kami . Ini seterusnya memudahkan kami untuk sampai tepat pada tempat yang ditujui- Asrama Perempuan UITM Merbok.
11- Sebelum sampai ke tempat yang ditujui, Petugas UITM serta merta menghulurkan dokumen(brosur) dan juga kunci bilik hanya melalui tingkap kereta kami (emak ana yang ambik). Pada hemat saya, ini sudah tentu menjimatkan masa dan urusan kami.
111- Sampai di Asrama perempuan itu, kami hanya perlu mencari bilik berdasarkan kunci yang diberi. Sampai bilik barang milik adik diletakkan dalam almari, meja drower kecil dan sebagainya. Selepas itu , Ibu bapa boleh terus balik selepas melihat dan membantu anaknya mengemas! -Ahamdulillah, syukur. Cepat dan mudah.
Hari seterusnya bermulanya orentasi pelajar selama seminggu buat pelajar baru- termasuk adikku yang seorang ini. Jadi, pandai-pandailah bawa diri ye. Basuh baju tu sikit-sikit cukuplah. Karang terlepas makan dan aktiviti lain, kan susah.