Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (LUqman:12)


Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Tazkirah Jumaat 1- Malikat maut perhatikan kita 70 x sehari



Untuk beberapa lama aku tidak mengemaskini blog Azamtekad.wordpress, sehinggakan di hari penghulu hari ini terfikir saya untuk meng'share'kan sedikit pegisian buat pedoman diri ini dan kepada pembaca-pembaca sekalian. Pada hari ini ingin sekali saya berkongsi artikel yang diperoleh hasil daripada keypoint yang ditunjukkan oleh penceramah yang datang di surau berdekatan dengan rumahku pada malam semalam. Keypoint tersebut seterusnya membawa saya untuk membuat sedikit carian di encik google, dan hasilnya aku berjaya mendapatkan artikel yang aku ingin cari, iaitu melalui silaturrahim.wordpress

Keypoint yang saya maksukan adalah mengenai datangnya Malaikat Maut memerhatikan kita 70 kali sehari.


Sama-samalah kita mengabil iktibar dari artikel ini. Moga-moga ibadat kita menjadi bertambah kusyuk di separuh masa kedua Ramadhan ini.

~Thanks to author of this blog for sharing this good article. May Allah give blessing upon you.....

Malaikat Maut Melihat Wajah Kita 70 Kali Sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab
itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah
seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya
mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di
muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah
seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak
sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan
dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas
di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan
pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau
miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir
mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak
kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang
amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah
(kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah
tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada
pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya
kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh
dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai
daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan
perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan
kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran
ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya
tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak
diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit
berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka
lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu
juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam
(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya
seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda
tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya
kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.

Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap
akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada
keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan
diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Play time..feeling something?

No sparking on bullets.No dangerous or do harm to our body. Remember, this is a just a toy-toy gun. I buy it at figura or gundam shops located in times square. Why do I buy this? Well thats because of I do like collecting replicas like gun and firearms -Thats is the hobby, you know.

About this one, this is almost alike to the guns.Their 'fire mechanisms' when click or pull the trigger like real-throw the plastic bullets and the shells can be removed from the chamber after have 'backfired'. But what does makes it difference is that the head slide of this pistol must always be sliding before pull the trigger. Hmm...
Brochure on how to assemble
Parts that is before assemble procedure takes place
Done. 4 bullets per magazine
___________________________________________
PS: Bilamana membuat pistol nih...saya cukup berasa seronok. Akan tetapi, ia juga membuatkan hatiku berasa sedih...mengapa? kerana bilamana aku berfikir seketika , aku berfikir betapa untungnya diri ini berada di negara ini ...dibesarkan di negara ini dengan pembelajaran...dibesarkan dengan kefahaman ilmu yang baik dan tanpa perlu mengangkat senjata seumpama ini. Sejata api pulak sekiranya mahu memperolehinya pun cukup susah...kena pulak ada lesen ...huhu

Bukan itu sahaja... malahan aku juga turut terasa bilamana membaca artikel di Palestinkini.net yang berbunyi begini:

Polis Rejim Zionis memukul kanak2 di Baitulmaqadis- barangnya dirampas dan diperlakukan hina hanya disebabkan memiliki pistol mainan?


Rakan-rakan sekalian...adakah anda berfikiran sedemikian juga? Alhamdulillah baguslah. Cuba ambil iktibar tentang bagaimana kesusahan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin.. Lihatlah, betapa mereka teruk ditekan dan ditindas oleh Zio4is akhirnya juga mengangkat senjata...biarpun ianya adalah penyapu atau batu sekalipun disebabkan hanya itulah yang mereka ada untuk memerangi...ya...untuk mendapatkan kembali tanah air mereka dan dikembalikan semula Baitulmuqadis yang dijajah ini.

Jadi apakah tugas kita dalam membantu mereka?...Adakah duduk diam membatu sahaja dan hanya mendengar dan mengutuk perbuatan zionis itu bagai angin berlalu begitu sahaja? adakah terus membiarkan anasir-anasir luar mejajahi pemikiran kita untuk tidak memboikot barangan keluar Zio4is ini? Masihkah kita dilekakan dengan 4 protokol zionis yang utama iaitu sex, song smoke dan sport?

Usahlah begitu...diriku dan saudaraku...tinggal-tinggalkanlah larangan itu!.. Masih banyak keperluan atas saudara kita perlu ditunaikan...

Saudara yang berada di kemboja kebuluran..
Tiada daging..tiada makanan berkhasiat
menunggu simpati dari kita
mengharapkan simpati kerjaan Kemboja jauh sekali
Lalu apa yang kita buat?

Saudara yang berada di tanah mereka ditindas oleh bangsa angkuh dan laknat
Persepakatan dan persaudaraan sesama meraka menjadi talian hayat
Roti...air ...barangan asasi mereka
dicatu dan dikongsi bersama
Masyarakat antarabangsa pula berbelah-bahagi
Lalu Apa yang kita buat?



Kini bulan puasa akan bakal tiba tidak lama lagi.sama-samalah kita doakan mereka supaya memperoleh kemudahan dan kebaikan di sisiNya. Sama-samalah kita berikan yang terbaik buat mereka ini. Ayuh bangunlah.....

Posted by Picasa

Vacation in Pulau Pangkor




Start from 7th June, we, batch4 have holiday ..juz for 1 week . Nothing much I can do. What I target myself to do is then become uncertain . The book that I bring along (when back to Ipoh-my parent house) almost never been touch …not to say I’m lazy but actually quite activities being spend during that holiday. More interestingly, my brother just back here a while before after getting their jobs in Mauritania for a long time. Now he’s at home and waiting for the conformation by his company to work in Kemaman, Ganu Kite~. Read More

Break!! Exam around corner







Right now I'm getting myself to have study.Finally, after have waiting so long, my exam on module 4 will be on 9th April this week. I finally can make full preparation before it's too late for me to have study.

Ya Allah give me strength to study this topic ...
give me chance to pass this exam..
I don't know if I can pass this exam...

But to YOU I put my TRUST


NOTE: Right now I have no time to have posting yet new training and discussion...sorry about that

During holidays

Exactly, I didnt do nothing much during on my holiday. Mostly I spend my time on studying and have searching on internet. But what makes me feel much better is that I meet my parents after almost 3 months struggle here without having a time to go back home in time. Actually, I like to get some 'lecture' especially from them father and mother who always motivate me to become another different of me...in terms of my soft skills and my 'quick in act through time'. Father does ask me..
"Are u still willing to take this program?"


. I realize that this is due to my 3 fail exam paper...now 4. Yet ,none of the paper I make the retest...but still hoping to get the green light to proceed it by En Zul and Mr Muller.

"Yes , because this is the choice that I have and really want to be with.Become an engineer must to face the problem.. and fix it..no to let it fail all of time".

My father replied" work harder this time son..try not to fall sleep early at the night.Be courage yourself to hold the book all of the time."


Em.. I really appreciate that . May Allah blessings to you, mom and dad.

Here is what I done during that weekend. No need to say anything but chill. ...



Buat hantaran untuk perkahwinan sepupu aku...teka apa dalamnye...
Le tour de langkawi...not happen at the Langkawi right now... but along Jalan Tungku Abd Rahman
Books...so many...Really want to buy it. But I only brought 30 ringgit in my pocket. But it doesn't matter..as long as I could by some books like Solusi megazine and hafalan surah..

Travel fare... people here just always 'travel' from booth to booth...exactly searching for the affordable package to travel with the travel agency..
Masuk kedai perabot ...saja2 tengok barang menarik...harga oleh tahan...
Posted by Picasa

Twitt~

Piratz | More Than Just A Blog wearemusleem PORTAL ISLAM

MY links

Have my patch to your blogs. and enjoy :)