Pada 2 minggu lepas, jam 8 pagi aku berkesempatan mengunjungi sebuah gua yang terletak di Rapat Jaya, Ipoh. Gua tersebut diberikan nama Gua Kek Lok Tong, ( nama ini mungkin sekali merujuk kepada orang yang pertama membuka kawasan ini)
Tujuan aku ke sana bukannya hendak melihat 'tokong-tokong cina' yang terdapat di dalam gua itu, sebaliknya adalah untuk pergi ke bahagian belakang gua itu yang memiliki sebuah taman yang cukup menyenangkan pemandangan mata. Tamannya boleh dikatakan antara taman yang tercantik di Perak ini.
Persekitaran kawasan itu dikelilingi oleh gua-gua batu kapur, yang hasilnya memberikan pemandangan yang tertutup dan agak eskslusif, (seperti kayangan pula rasanya!) . Di situ, aku menjalankan aktiviti riadah dengan berjogging serta senaman ringan.
Habis sahaja aktiviti yang kujalankan itu, aku mengambil masa untuk berehat dan melihat ikan yang berenag dalam kolam-kolam ikan. Sungguh besar dan mengujakan( Masya'Allah!). Jam 9.45 aku mula bertolak ke rumah.
0 comments:
Post a Comment