Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (LUqman:12)


Kunjung ke rumah baru and kebun ayah- mak sedara

28 Jun 2009- kami mengemas rumah baru yang akan kami duduki di S.Petani. Barang-barang yang telah kami pindahkan dari Kota Bharu (rumah sewa sebelumnya) mula dibuka satu-persatu. Kami mulakan barang-barang yang diambil dari kotak-kotak yang terdapat di ruang tamu. Barang-barang kaca mula dimasukkan ke dalam almari ruang tamu dan bahagian dapur. Ayah dan abang pula menolong memasang almari yang baru dibeli.



28062009(002)-001.jpg



Barang ini sekali pecah sukar dicari ganti


Petang pula kami bertolak ke rumah sepupu dan sedara ayah di Tikam Batu, Kedah. Hajatnya nak berkunjung sebentar, akan tetapi lain pula jadinya.Mulanya Sembang-sembang, kemudian pergi kunjung pulak ke kebun dan ambil buah pisang dan jantung pisang yang sedang masak. Mak sedara ( sedara di seblah ayahku), Mk Teh Yam memberi kami durian, rambutan, Binjai yang sedang ranum masak untuk dibawa pulang.


Lepas itu, kami berkunjung ke rumah ayah sedara pulak. Keadaannya sama sepertimana kami berkunjung ke rumah Mk Teh Yam. Kali ini buah rambutan dibawa balik seguni! Pokok Rambutan yang ditanamnya kini sedang lebat dengan buahnya benar-benar kemerahan. Semerah buah epal yang masak. Selain itu, kami sempat menjamah buah Dokong ( satu famili dengan langsat. Aku sendiri tak tahu apa bezanya. Mungkin daun dan bunganya lain dari Langsat) yang betul-betul ditanam di hadapan rumah pak sedaraku.



28062009(004)a.jpg



Langsat ke Dokong nih?



28062009(006)a.jpg



Rambutan-sedap di mata ,terpikat di hati (click!)


Pukul 7 lebih, kami bertolak pulang ke Ipoh. Kereta abangku aku yang drive. Emak dan ayah balik dengan kereta famili. Kami makan malam dan solat jamak maghrib-isyak di PLUS terdekat. Kami sampai ke rumah jam 11 malam(gitu-gitu!)

Hari pertama adikku masuk ke IPT

Pada 27 Jun 2009, kami sekeluarga pulang ke kampung di P.Pinang . Tujuannya adalah untuk menghantar adikku masuk dan daftar ke UITM Merbok pada keesokan harinya. Waktu esoknya, kami bertolak ke UITM Merbok seawal 8 pagi.



uitm merbok kedah.jpg



Sesampai di sana aku melihat beberapa perkara menarik berlaku;


1- Pegawai dan Pengawal pondok di UITM itu sedia terus untuk membantu kami . Ini seterusnya memudahkan kami untuk sampai tepat pada tempat yang ditujui- Asrama Perempuan UITM Merbok.


11- Sebelum sampai ke tempat yang ditujui, Petugas UITM serta merta menghulurkan dokumen(brosur) dan juga kunci bilik hanya melalui tingkap kereta kami (emak ana yang ambik). Pada hemat saya, ini sudah tentu menjimatkan masa dan urusan kami.


111- Sampai di Asrama perempuan itu, kami hanya perlu mencari bilik berdasarkan kunci yang diberi. Sampai bilik barang milik adik diletakkan dalam almari, meja drower kecil dan sebagainya. Selepas itu , Ibu bapa boleh terus balik selepas melihat dan membantu anaknya mengemas! -Ahamdulillah, syukur. Cepat dan mudah.


Hari seterusnya bermulanya orentasi pelajar selama seminggu buat pelajar baru- termasuk adikku yang seorang ini. Jadi, pandai-pandailah bawa diri ye. Basuh baju tu sikit-sikit cukuplah. Karang terlepas makan dan aktiviti lain, kan susah.

Twitt~

Piratz | More Than Just A Blog wearemusleem PORTAL ISLAM

MY links

Have my patch to your blogs. and enjoy :)